Posts

Showing posts from October, 2018

99 Stress Free Mummy

Image
=========================== Format:  Paperback Saiz:  5" x 7.5” ISBN:     9789670716763     Jumlah Muka Surat:     141 Berat (Kg):  0.18 Penulis:  Zatika Izati Puade =========================== SINOPSIS Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela. Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu. Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya. "LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT&q

How to talk to your kids

Image
"Pergaduhan mereka selalu membuatkan saya naik darah." "Saya tidak tahu perkara apa yang akan berlaku dahulu. Sama ada mereka akan saling mencederakan atau saya yang akan mencederakan mereka." "Hubungan saya dengan mereka baik baik sahaja. Namun, apabila mereka berdua bersama, saya tidak boleh tahan dengan perangai keduanya.'' Ini topik yang sangat panas. Tidak kira lokasi kami berada, apabila kami mengajukan topik pergaduhan adik-beradik, kami menerima pelbagai reaksi serta-merta dan cukup beremosi. Nyata ini adalah masalah sejagat. Masalah yang serius dan menusuk perasaan yang paling dalam. Buku ini adalah hasil daripada kesemua sesi bengkel dan semua perkara yang kami lakukan bertahun-tahun lamanya. Kesimpulan daripada semua itu? Kami percaya yang kita sebagai ibu bapa mampu membuat perubahan. Kita mampu menyemarakkan lagi daya persaingan itu ataupun mengurangkannya. Kita boleh mendiamkan sahaja suasana permusuhan itu ataupun membantu

99 stress free wife

Image
 format: Kulit Nipis ISBN: 9789672038719 Tahun Terbit: 2018 Penerbit : MUST READ SDN BHD Penulis : SHAZA BAHARUDDIN Berat : 0.173 kg ================================== SINOPSIS Lelaki dari planet Marikh. Perempuan dari planet Venus. Begitulah diibaratkan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan perempuan. Allah SWT menjadikan lelaki dan perempuan berbeza fizikalnya. Tentu juga wujud perbezaan ketara dari segi emosi,perasaan, dan tabiat antara kedua-dua insan ini. Bayangkan kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini diletakkan bersama-sama di bawah satu bumbung, maka 'haru-biru' jadinya! Buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sesebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk, dan tertekan dengan pasangan. Namun, percayalah.Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala