"Pergaduhan mereka selalu membuatkan saya naik darah." "Saya tidak tahu perkara apa yang akan berlaku dahulu. Sama ada mereka akan saling mencederakan atau saya yang akan mencederakan mereka." "Hubungan saya dengan mereka baik baik sahaja. Namun, apabila mereka berdua bersama, saya tidak boleh tahan dengan perangai keduanya.'' Ini topik yang sangat panas. Tidak kira lokasi kami berada, apabila kami mengajukan topik pergaduhan adik-beradik, kami menerima pelbagai reaksi serta-merta dan cukup beremosi. Nyata ini adalah masalah sejagat. Masalah yang serius dan menusuk perasaan yang paling dalam. Buku ini adalah hasil daripada kesemua sesi bengkel dan semua perkara yang kami lakukan bertahun-tahun lamanya. Kesimpulan daripada semua itu? Kami percaya yang kita sebagai ibu bapa mampu membuat perubahan. Kita mampu menyemarakkan lagi daya persaingan itu ataupun mengurangkannya. Kita boleh mendiamkan sahaja suasana permusuhan itu ataupun membantu...
Comments
Post a Comment